Perladangan & Nurseri
Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.
Kemudiannya PPPNP telah mengalihkan fokus utama kepada aktiviti-aktiviti perladangan kelapa sawit dan getah.
Walau bagaimanapun, akibat penurunan harga pasaran getah dunia yang ketara pada pertengahan tahun 70-an, PPPNP telah menumpukan sepenuhnya kepada perladangan kelapa sawit melalui pembukaan beberapa ladang baru di seluruh Negeri Perak.
Ladang Jalong Tinggi merupakan ladang kelapa sawit pertama yang dibuka oleh PPPNP pada tahun 1975 di Sungai Siput (U) dengan keluasan 1,416 hektar. Antara ladang-ladang terawal yang dibuka oleh PPPNP adalah:
Tahun |
Ladang dan Keluasan |
1983 |
Ladang Gelong Gajah (845.7 hektar) |
1983 |
Ladang Sungai Selinsing (626.8 hektar) |
1988 |
Ladang Lambor (1,102 hektar) |
1988 |
Ladang Segar (697.98 hektar) |
1989 |
Ladang Pulau Tiga (912.7 hektar) |
Dua anak syarikat telah ditubuhkan untuk mempelopori usaha dan berperanan dalam memperkasakan tanaman kelapa sawit secara komersil iaitu syarikat Ladang Lekir Sdn Bhd dan Ladang Jalong Sdn Bhd.
Klik pada pautan dibawah:
Ladang Rakyat | Ladang Untuk Rakyat | Tapak Semaian