Mesyuarat Lembaga Pengarah PPPNP
Y.A.B Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Haji Azumu, merangkap Pengerusi PPPNP telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah PPPNP Bil.3/2020 di Ibu Pejabat PPPNP, hari ini.
Bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam memulihkan dan merancakkan semula aktiviti ekonomi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PPPNP telah menggerakkan beberapa inisiatif bagi membantu golongan petani yang terjejas di samping mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka yang hilang pekerjaan dan mereka yang masih menganggur, termasuk para graduan melalui keusahawanan Agrotani.

Mesyuarat Lembaga Pengarah Ladang Jalong
Pagi ini berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bagi anak syarikat PPPNP iaitu Ladang Jalong Sdn Bhd bil.1/2020 yang telah dipengerusikan oleh YB Dato Aznel bin Ibrahim di ibu Pejabat PPPNP.
Antara isu yang dibincangkan adalah operasi ladang dan perbandingan hasil tahunan ladang.

Menyuarat Jawatankuasa Pelaburan PPPNP
Pada 19 Jun 2020 telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan PPPNP yang telah dipengerusikan oleh Ybhg Dato' Dr Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus yang merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Mesyuarat Lembaga Pengarah Mills
Petang ini berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bagi anak syarikat PPPNP iaitu Perak Agro Mills Sdn Bhd bil. 1 yang telah dipengerusikan oleh YB Kamaruddin Bin Abu Bakar di Ibu Pejabat PPPNP.

Lawatan YB Menteri Pertanian
Hari ini, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee telah meluangkan masa untuk lawatan kerja ke projek AgroPelancongan di negeri perak iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO) Sungai Galah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).

Mesyuarat Lembaga Pengarah Khas PPPNP
Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) yang telah diadakan semalam telah dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi PPPNP.