PEMANTAU PROJEK (Contact for Service)

JAWATAN KOSONG

KUMPULAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang merupakan yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) bagi jawatan berikut :

 

PEMANTAU PROJEK (Contract for Service)

Tempoh lantikan : 1 Tahun

 

Elaun bulanan yang ditawarkan:-

 

  • Elaun Bertugas : RM1,200.00
  • Elaun Kenderaan : RM200.00

 

 

TUGAS DAN SKOP KERJA

  • Melakukan pemantauan berkala ke atas Projek Usahawan PPPNP dan Projek Sosial PPPNP
  • Kawasan operasi meliputi semua daerah di Negeri Perak
  • Menyediakan laporan pemantauan secara berkala bagi setiap lawatan yang dilakukan secara mingguan dan bulanan
  • Memantau prestasi usahawan dan projek dari masa ke semasa
  • Menyemak dokumentasi, rekod kewangan dan akaun usahawan
  • Membuat peringatan kepada peminjam untuk pembayaran balik pinjaman
  • Membantu untuk mendapatkan bantuan khidmat nasihat daripada agensi lain
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa

 

KELAYAKAN 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 20 – 30 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Memiliki kelayakan minima Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Mempunyai kemahiran menggunakan komputer
  • Pengalaman bekerja yang terbukti sebagai Pemantau Projek atau pengalaman yang relevan akan diberi keutamaan
  • Mempunyai personaliti yang baik, bertanggungjawab dan komited
  • Memiliki kenderaan sendiri sekurang-kurangnya motorsikal

 

Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan ‘resume’ yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut :

 

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK

NO. 3, JALAN TAMAN KINTA

TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,

PERAK DARUL RIDZUAN

 

(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

 

Hanya calon-calon yang terpilih dan disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH

PADA : 10/05/2021