PENGURUS TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT)

IKLAN JAWATAN KOSONG

KUMPULAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang merupakan yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) bagi jawatan berikut :

 

JAWATAN: PENGURUS TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT)

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

Pengurus IT bertanggungjawab untuk menyelaraskan, merancang, menentukan keperluan IT dan memimpin aktiviti berkaitan IT bagi memenuhi keperluan sistem maklumat dalam Kumpulan PPPNP.

 

Sebagai pemimpin di Unit IT dan pegawai yang bertanggungjawab untuk sistem dan maklumat seluruh organisasi, tugas Pengurus IT juga merangkumi tanggungjawab berikut:

 

  • Memelihara aset IT dan menjalankan pemeriksaan berkala terhadap keselamatan rangkaian, data dan struktur kawalan
  • Mengenal pasti dan memanfaatkan peluang untuk memperbaiki dan mengemas kini perisian dan sistem
  • Membangun dan melaksanakan dasar IT dan panduan amalan terbaik untuk organisasi
  • Menjalankan audit sistem secara berkala
  • Menjalankan dan berkongsi laporan sistem operasi biasa dengan Pegawai Atasan
  • Mengawasi dan menentukan jangka masa untuk projek IT utama termasuk kemaskini sistem, peningkatan, migrasi dan pemadaman
  • Menyedia dan menguruskan bajet IT
  • Mengenal pasti latihan dan peningkatan kemahiran kakitangan dalam Unit IT

 

KELAYAKAN

 

Calon perlu mempunyai kemahiran yang baik, pengalaman profesional yang terbukti dan pengetahuan terperinci mengenai proses amalan terbaik industri.

 

Calon juga perlu mempunyai kelayakan seperti berikut:-

 

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer, MIS atau Kejuruteraan Komputer atau bidang yang serupa
  • Pengalaman bekerja yang terbukti sebagai Pengurus IT atau pengalaman yang relevan diberi keutamaan
  • Pengetahuan yang sangat baik mengenai pengurusan teknikal, analisis maklumat dan sistem perkakasan / perisian komputer
  • Kemahiran dalam pengurusan pusat data dan tadbir urus data
  • Pengalaman langsung dengan rangkaian komputer, pentadbiran rangkaian dan pemasangan rangkaian
  • Keupayaan menyelia kakitangan bawahan

Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan ‘resume’ yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut :

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK

NO. 3, JALAN TAMAN KINTA

TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,

PERAK DARUL RIDZUAN

 

(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hanya calon-calon yang terpilih dan disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH

PADA : 25/11/2020

Pengurus Ladang

IKLAN JAWATAN KOSONG

KUMPULAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dalam jawatan-jawatan berikut:

 

JAWATAN : PENGURUS LADANG

 

TANGGUNGJAWAB:

 1. Berkeupayaan untuk menguruskan kawasan ladang getah atau kelapa sawit seluas 2500 ekar atau lebih;
2. Memastikan pembangunan ladang dan pengurusan ladang mengekalkan standard yang memuaskan
3. Mengurus dan memantau operasi ladang dan pejabat juga memastikan Kumpulan PPPNP boleh mencapai matlamat dengan cara dan masa yang tepat;
4. Berkeupayaan untuk memimpin dan memberi motivasi kepada kakitangan dan tenaga kerja untuk meningkatkan produktiviti serta kualiti kerja.

 

KELAYAKAN:

 1. Diploma / Ijazah dalam Perladangan atau kelayakan yang berkaitan atau memiliki lebih daripada 10 tahun pengalaman perladangan;
2. Keupayaan untuk berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
3. Mempunyai semangat dan motivasi kerja yang tinggi serta mampu bekerja di bawah tekanan.

 

Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan ‘resume’ yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut:

 

 KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK

NO. 3, JALAN TAMAN KINTA

TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,

PERAK DARUL RIDZUAN.

(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

 

Hanya calon-calon yang terpilih sahaja akan dihubungi.

Perak SADC Agropreneur Pitch

        CADANGAN DAERAH-DAERAH DI NEGERI PERAK   *Sebarang perubahan tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian     Muat Turun Borang

Pembangunan Usahawan

 Agropreneupitch & Skim Pinjaman Usahawan    Projek Rintis Usahawan Graduan Senggang & PAIV   Projek Pemacu Agrotani Perak (PEMACU) &

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.