Articles

Print

Perak Agro Mills Sdn Bhd

Ditulis dalam Anak Syarikat

 

Perak Agro Mills Sdn Bhd



NO. TEL     : 05-6260081 / 82

NO. FAKS   : 05-6260080

E-MAIL       : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGURUS : Mohd Johari bin Hassim
 

Perak Agro Mills Sdn. Bhd. (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh di bawah Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).













Melalui kilangnya yang terletak di Mukim Pulau Tiga, Kampung Gajah, syarikat ini menjalankan aktiviti memproses buah kelapa sawit. Produk utama kilang ini adalah minyak sawit mentah dan isirong kelapa sawit. Pembeli kepada produk-produk ini adalah dari syarikat besar dan juga syarikat-syarikat tempatan yang kebanyakannya terletak di utara tanahair dan Lembah Kelang.


Kilang sedia ada telah memulakan operasi pada 1hb Julai 2001 dengan kapasiti pemerosesan 30 metrik tan buah sawit per jam di bawah seliaan Perak SADC Management Services Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat PPPNP. Bermula tahun 2012, kilang ini dipindahmilik kepada Perak Agro Mills Sdn Bhd sebagai salah satu rancangan program penstrukturan semula anak-anak syarikat kumpulan PPPNP. Kilang ini mendapat sumber bekalan buah tandan segar sawit (BTS) daripada ladang-ladang kumpulan PPPNP, ladang-ladang mini yang berhampiran, dan juga peniaga BTS sekitar daerah Perak Tengah.

OBJEKTIF PENUBUHAN DAN PEMBINAAN KILANG.

Kilang ini dibina dengan matlamat asalnya untuk menjalankan operasi pengilangan buah sawit dari ladang-ladang kumpulan PPPNP, ladang-ladang bukan milik PPPNP (ladang luar) dan juga peniaga buah sawit. Melalui kilang ini, harga belian buah sawit yang  kompetetif dapat diberikan kepada ladang-ladang dan juga peniaga yang terlibat terutamanya di kalangan bumiputera.
Dengan kewujudan kilang ini, secara langsung memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk setempat dan peniaga-peniaga buah sawit terutamanya dikalangan bumiputera memandangkan lokasinya yang terletak di kawasan penduduk majoritinya bumiputera. Peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan baru juga dapat diwujudkan seperti penyedia perkhidmatan pengangkutan, pembekal alat-alat ganti, kontraktor penyelenggaraan dan lain-lain. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan ekonomi domestik.
Antara matlamat lain pula adalah untuk menjadi salah satu penyumbang hasil kepada kumpulan PPPNP. Dengan meningkatnya hasil bermakna sumbangan kepada kerjaan negeri dan kerjaan pusat  juga turut meningkat melalui pembayaran cukai, zakat dan lain-lain.


LATAR BELAKANG

Perak Agro Mills Sdn. Bhd. adalah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dan telah diperbadankan 14 Oktober 2011.Dahulunya dikenali sebagai Dindings Oil Palm Industries Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 28 Julai 1980 di bawah Akta Syarikat 1965.
Syarikat Dindings Oil Palm Industries Sdn. Bhd. dahulunya adalah sebuah syarikat yang dormant. Aktiviti dan pengurusan kilang kelapa sawit Kg. Gajah adalah di bawah seliaan syarikat Perak SADC Management Services Sdn. Bhd. (kini Perak Agro Management Services Sdn. Bhd) iaitu salah satu anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP). Sejak tahun 2012, setelah penstrukturan semula Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dibuat, operasi dan pengurusan kilang telah dipindahkan kepada Perak Agro Mills Sdn. Bhd.
Syarikat ini ditubuhkan bagi tujuan menguruskan perniagaan berkaitan industri pemprosesan kelapa sawit melalui kilang kelapa sawit di Kampung Gajah, Perak.
Rekod pemerosesan pada tahun-tahun lepas mencatatkan penerimaan BTS melebihi kapasiti pengeluaran asal kilang iaitu 30 metrik tan per jam dengan jumlah BTS lebih 190,000 metrik tan untuk tiga tahun iaitu tahun 2006, 2008 dan 2009.
Pada masa yang sama dengan bertambahnya ladang-ladang baru dibawah Kumpulan PPPNP dan tanaman semula, jumlah hasil ladang-ladang milik PPPNP dan meningkat melebihi kapasiti pengeluaran sedia ada pada masa hadapan. Maka jalan penyelesaian yang diambil oleh syarikat ialah dengan meningkatkan kapasiti kilang yang sedia ada daripada 30 metrik tan per jam kepada 60 metrik tan per jam.

Visi
•    Menjadi organisasi yang berteraskan Industri Kelapa Sawit yang berdaya saing dalam aktiviti pemprosesan dan pengkilangan.

Misi
•    Berkembang dan menjadi penyumbang utama hasil kepada Kumpulan  PPPNP
•    Komited dan professional dalam industri berasaskan pemprosesan BTS.
•    Meneroka bidang perniagaan baru dalam aktiviti-aktiviti nilai tambah.

AHLI LEMBAGA PENGARAH

Pengarah 1
Nama     : Ahmad Rizal bin Abdul Rahman
Umur     : 43 tahun
Jantina   :Lelaki
Jawatan :Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP

Pengarah 2
Nama    : Haji NorAsri bin Abdullah
Umur    : 51tahun
Jantina  : Lelaki
Jawatan: Pengurus Besar Masyarakat & Sosial, PPPNP

Pengarah 3
Nama      : Haji Ahmad Termizi bin Kassim
Umur      : 54tahun
Jantina    : Lelaki
Pekerjaan: Pengurus Besar Korporat &Komersial, PPPNP

KEPAKARAN TENAGA KERJA TEKNIKAL

Perak Agro Mills Sdn. Bhd. memiliki kakitangan yang berpengalaman luas dalam industri minyak kelapa sawit terutama pihak pengurusan atasan.

Kebanyakan pekerja-pekerjanya juga mempunyai pengalaman lebih dari lima tahun berkhidmat di kilang ini. Berikut adalah biodata pihak pengurusan atasan kilang.

Pengurus Kilang
Nama           : Mohd Johari bin Hassim
Umur           : 29 tahun
Jantina         : Lelaki
Pengalaman  : 6 tahun dalam pengurusan pemerosesan kilang sawit.


Eksekutif
Nama           : Abdul Moin bin Md Idris
Umur           : 56 tahun
Jantina        : Lelaki
Pengalaman : 29 tahun dalam teknikal pemerosesan kilang sawit.

Galeri Foto
Perak Agro Mill...
Perak Agro Mills Sdn Bhd Perak Agro Mills Sdn Bhd
Perak Agro Mill...
Perak Agro Mills Sdn Bhd Perak Agro Mills Sdn Bhd
Perak Agro Mill...
Perak Agro Mills Sdn Bhd Perak Agro Mills Sdn Bhd
Perak Agro Mill...
Perak Agro Mills Sdn Bhd Perak Agro Mills Sdn Bhd
Perak Agro Mill...
Perak Agro Mills Sdn Bhd Perak Agro Mills Sdn Bhd
Perak Agro Mill...
Perak Agro Mills Sdn Bhd Perak Agro Mills Sdn Bhd
Perak Agro Mill...
Perak Agro Mills Sdn Bhd Perak Agro Mills Sdn Bhd
Perak Agro Mill...
Perak Agro Mills Sdn Bhd Perak Agro Mills Sdn Bhd

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas