Print

Tapak Semaian Kelapa Sawit&Getah Sg Galah

Ditulis dalam Projek

TAPAK SEMAIAN KELAPA SAWIT & GETAH



Tapak Sernaian Kelapa Sawit PPPNP telah dibangunkan pada 16 April 2008, Lokasinya adalah di WilayahSungai Galah. Daerah Kecil Karnpung Gajah dengan keluasan 15,50 hektar yang mampu rnenampung sebanyak 60,000 pokok umur semaian kecil (pre nursery) berurnur 1 - 3 bulan dan 200,000 pokok untuk semaian besar yang berumur antara 4-18bulan.

Tapak Semaian ini menyediakan bahan semaian yang berkualiti tinggi dan tulin bagi rnemastikan pulangan hasil yang tinggi diladang-ladang Perbadanan. Bekalan biji benih cambah diperolehi dari pembekal tulin yang diperakui, Antara klon yang terdapat di sini adalah Chemara, GH500 dan Calix 600.

Pada masa ini tumpuan adalah untuk memenuhi keperluan anak benih di ladang-ladang Kurnpulan PPPNP dan kapasiti pengeluaran anak benih akan ditingkatkan bagi rnernenuhi permintaan pasaran.

Bagi rnernenuhi keperluan anak benih benih getah di tiga buah ladang seluas 2998.0 hektar yang akan dimajukan dalam tahun 2012. PPPNP telah mula mernajukan tapak semaian getah pada Ogos 2011. Tapak Sernaian seluas 2 hektar ini terletak di lokasi yang sama dengan kapasiti sebanyak 560,000 anak benih getah. Sehingga kini sebanyak 400,000 benih
telah disemai.

Antara klon yang terdapat di tapak semaian ini adalah klon 2000 series, PB 305, PB 208 yang semuanya merupakan klon getah balak yang marnpu rnenghasilkan susu getah yang banyak dan cepat membesar bagi menghasilkan kayu balak. Pemilihan klon-klon ini bermatlamat untuk rnendapatkan pulangan yang tinggi dalarn masa yang singkat rnelalui dua sumber hasil iaitu susu getah dan kayu balak.

NAMA PENGURUS : EN. AIDI BIN GHAZALI

EMAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  

NO. TEL : 012-4041434

KELUASAN LADANG : 21.50 hektar

EMAIL LADANG:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  

TAMANAN UTAMA : Semaian Anak Benih Sawit & Getah

Galeri Foto

Ladang Untuk Ra...
Ladang Untuk Rakyat Air Kuning Ladang Untuk Rakyat Air Kuning
Ladang Untuk Ra...
Ladang Untuk Rakyat Air Kuning Ladang Untuk Rakyat Air Kuning
Ladang Untuk Ra...
Ladang Untuk Rakyat Air Kuning Ladang Untuk Rakyat Air Kuning
Ladang Untuk Ra...
Ladang Untuk Rakyat Air Kuning Ladang Untuk Rakyat Air Kuning
 

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas